fbpx

Risiko banjir kilat di 8 negeri dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di utara, selatan dan Pantai Barat Semenanjung dinasihatkan terus berwaspada susulan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan lapan negeri dalam tempoh 24 jam hari ini.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Perak membabitkan Bagan Datuk, Batang Padang (Sungkai), Hilir Perak, Kampar, Kerian (Gunong Semanggol, Bagan Serai, Beriah, Pulau Kerengga, Jerung), Larut, Matang dan Selama (Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor, Jebong, Asam Kumbang).

Bagi Johor pula melibatkan Pontian (Ayer Masin, Rimba Terjun, Jeram Batu, Pontian, Ayer Baloi, Api-Api, Benut, Sungai Pinggan), Sedili Besar serta Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat, Tangkak, dan Muar (Ayer Baloi, Sri Menanti).

Selain itu, kawasan terlibat di Melaka ialah Jasin dan Melaka Tengah melibatkan kawasan Sungai Rambai, Ayer Panas, Umbai, Telok Mas, Alai, Padang Temu, Ujong Pasir, Bukit Lintang, Padang Semabok, Duyong, Semabok, Bukit Piatu, Ayer Molek, Bukit Katil dan Bukit Baru.

Keadaan sama turut diramal berlaku di Kedah iaitu Kulim (Bandar Kulim, Bandar Padang Serai) dan Kuala Muda (Bandar Sungai Petani).

Dalam pada itu, dua daerah turut dijangka terkesan di Pulau Pinang meliputi Seberang Perai Selatan (Nibong Tebal, Mukim 7, Mukim 11, Mukim 1) dan Seberang Perai Tengah (Mukim 11, Bukit Mertajam, Mukim 7, Mukim 8).

Sementara itu, Selangor pula membabitkan Bandar Kundang di Gombak, Ulu Bernam di Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat (Kelanang, Tanjong Duabelas, Pekan Jenjarom), Pekan Bestari Jaya di Kuala Selangor, Petaling, Shah Alam, Sepang dan Dengkil.

Bagi Negeri Sembilan, amaran itu hanya tertumpu di Port Dickson (Si Rusa, Jimah serta kawasan sekitarnya) manakala di Kuala Lumpur melibatkan kawasan di Petaling, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI