fbpx

Polis Thai serbu pusat panggilan ‘scammers’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA ditipu oleh sindiket pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi. - Thaiger

BANGKOK – Berpuluh-puluh penipu (scammers) diberkas apabila polis menyerbu sebuah pusat panggilan mereka di wilayah Sa Kaeo, dekat sempadan Kemboja, lapor laman berita Thaiger semalam.

Polis melalui laman web thaipoliceonline.com, menerima aduan daripada sebilangan mangsa penipuan supaya melabur dalam skim pelaburan bernama ‘Amata’ yang menjanjikan pulangan tinggi.

Apabila tempoh pelaburan matang, mangsa bukan sahaja tidak dapat mengeluarkan wang mereka, malah diminta melabur dengan lebih banyak.

Siasatan polis kemudian mendapati seorang warga Kemboja, Monorom Som membayar bil Internet bulanan lebih  200,000 baht (RM24,840) di Thailand dengan sambungan rentas sempadan haram ke Kemboja.

Monorom kerap berkunjung ke Kemboja di mana dia menjalankan perniagaan perkhidmatan Internet.

Polis menemui kaitan antara Monorom dan seorang tokoh Internet, Siapo Po-arnon yang menasihati sebuah panel Dewan mengenai perjudian. Dia disabitkan kesalahan minggu ini dan dijatuhi hukuman penjara 54 tahun.

Terdahulu, polis merampas lebih 200,000 kad SIM yang digunakan untuk penipuan di pusat panggilan tersebut. Susulan serbuan itu, polis menyatakan bahawa jenayah berkaitan penipuan menurun sekitar 25 peratus.

Polis juga akan menangani kabel internet yang digantung di sempadan Kemboja.

Sindiket itu telah beroperasi selama 12 tahun dan beberapa pegawai negeri juga terlibat, kata polis.

Sebuah rumah di tambon Ban Mai turut menarik perhatian polis apabila pemilik rumah membayar bil Internet bulanan melebihi 300,000 baht (RM37,260).

Dalam operasi itu, berpuluh-puluh penipu pusat panggilan ditahan kerana membuka akaun untuk mencuci wang termasuk penipuan, kecurian identiti dan penyebaran maklumat palsu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI