fbpx

Piala Dunia: Deschamps galas impian Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESCHAMPS memikul harapan besar untuk menyamai pencapaian yang dilakukan Itali dan Brazil dengan meraih gelaran berganda Piala Dunia. – AFP

DOHA – Perancis menghampiri status pasukan paling berjaya sepanjang penganjuran Piala Dunia pada era milenium sekiranya mampu menewaskan Argentina di pentas final di Stadium Lusail, malam ini.

Itali menjadi pasukan Eropah pertama berjaya mempertahankan kejuaraan, ketika melakukannya pada edisi 1934 serta 1938 dan kini giliran Le Bleus untuk melakukannya dalam zaman bola sepak moden.

Jika mampu raih kemenangan, pasukan Eropah terus menjadi badi kepada Argentina di pentas final selepas turut kecewa pada perlawanan akhir 1990 dan 2014 apabila tewas kepada Jerman.

Perancis juga bakal muncul sebagai pasukan pertama melakukanya dalam tempoh 60 tahun sejak kali terakhir dilakukan oleh Brazil pada 1958 dan 1962.

Bagaimanapun, pengendali Perancis, Didier Deschamps sedar tugasan mencabar menanti anak-anak buahnya terutamanya untuk mengekang pergerakan bintang sensasi La Albiceleste, Lio­nel Messi yang tampil berbeza berbanding edisi 2018.

“Adakah kamu masih ingat yang kami pernah menentang Messi? Sudah pasti kami akan memikirkan tentang perlawanan itu dan kami tidak ada pilihan lain kecuali perlu berjaga-jaga serta cuba menyekat Messi.

“Empat tahun lalu kami dapat jangkakan peranan Messi yang bermain sebagai penyerang te­ngah. Sekarang dia adalah perancang dan peranannya lebih bebas berbanding sebelum ini.

Jadi, ia akan jadi lebih sukar untuk mengekang pergerakannya,” katanya.

Pada edisi 2018 di Russia, Les Bleus berjaya mengawal Messi dengan baik sekaligus mampu menewaskan Argentina 4-3 pada aksi pusingan 16 pa­sukan terbaik.

Di sebalik persiapan rapi yang sedang dilakukan, Perancis kini dipalit masalah kesihatan pemain ekoran jangkitan virus yang menyaksikan peluang dua pertahanan tengahnya, Raphael Va­rane dan Ibrahima Konate menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, Decshamps menegaskan situasi itu tidak terlalu membimbangkannya dan langkah sepatutnya sudah pun dilaksanakan dalam pasukan bagi memastikan semua pemain berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan.

“Sekarang musim selsema dan dalam erti kata lain kami perlu lebih berhati-hati. Sejak beberapa hari lalu, suhu juga makin menurun dan mengenai virus ini, kami tidak terlalu bimbang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI