fbpx

Pesawat pengangkut terbesar dunia bawa 3 helikopter ke Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen: PESAWAT kargo terbesar dunia, AN 124-100 milik Maximus Air Cargo berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. - Foto IHSAN MAHB

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan sebuah pesawat pengangkut kedua terbesar di dunia telah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di Selangor baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasmi agensi tersebut, ia memaklumkan bahawa kapal terbang itu turut membawa muatan sebanyak tiga unit helikopter baharu model Airbus ke Malaysia.

“Baru-baru ini, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah menerima kunjungan daripada pesawat terbesar jenis AN 124-100,” jelas pentadbir akaun berkenaan.

MAHB turut memuat naik foto eksklusif kapal terbang tersebut yang berada di terminal itu dengan beberapa petugas tekun mengawal selia keberadaannya ketika memunggah kargo.

Agensi berkenaan turut mengesahkan bahawa pesawat itu tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir dan dimiliki oleh firma pengangkutan udara, Maximus Air Cargo.

AN 124-100 merupakan antara pelbagai model keluaran Antonov dari Ukraine namun tapak kilang pemasangan untuk pesawat penerbangan kargo awam juga ada terdapat di Rusia.

Ia dikendalikan oleh enam kru dan boleh menampung kapasiti 88 penumpang serta berat tanpa muatan mencecah 181,000 kilogram dengan dijana empat enjin turbofan Progress D-18T.

Selepas pesawat terbesar di dunia, AN 225-Mriya hancur musnah di Ukraine dalam konflik dengan Rusia pada 24 Februari lalu, model AN 124 pula mengambil alih rekod tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI