fbpx

Pesara guru hilang duit pencen RM92,000 ditipu ‘pegawai Tabung Haji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Malang tidak berbau buat seorang pesara guru wanita apabila kerugian sebanyak RM92,000 akibat terpedaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Tabung Haji.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan berkenaan penipuan tersebut yang berlaku pada Julai lalu.

Katanya, berdasarkan laporan mangsa telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa mangsa terlibat aktiviti pengubahan wang haram melibatkan dana Tabung Haji.

“Mangsa didakwa telah menerima wang dana Tabung Haji sebanyak RM 12,988 dan dikatakan telah terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa telah mengikut arahan suspek dengan memberi maklumat akaun miliknya dan turut membuka akaun bank bagi tujuan ‘Dana Ikat Jamin’ kerana terlalu takut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ramli mangsa hanya menyedari dia telah kerugian wang sebanyak RM92,000 pada awal Disember lalu selepas membuat semakan akaun bank miliknya.

Katanya, mangsa mendapati terdapat pengeluaran wang ke akaun pihak ketiga sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM 92,000 yang merupakan wang pencen mangsa.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan panggilan daripada nombor atau pihak yang tidak dikenali selain tidak mudah takut atau cemas jika dimaklumkan bahawa terlibat dengan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI