JAKARTA – Sepasang pengantin di Indonesia tular di media sosial selepas pendedahan bahawa usia mereka berbeza sebanyak 22 tahun, lapor portal berita Wolipop.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @sitahusin24.
Pengantin perempuan yang bernama Sita itu berkongsi gambar dia dan pasangannya menunjukkan buku nikah mereka selepas majlis akad nikah selesai.
Dia dilihat memakai kebaya tudung berwarna putih, manakala suaminya memakai sut hitam.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Pasangan yang tidak dijangka,” kata seorang netizen.
“Tuhan merahmati dunia…semoga menjadi pasangan yang ahli ibadah dan ahli bersyukur,” kata netizen lain.
Wolipop telah menghubungi Sita yang memuat naik video itu di TikTok.
Menerusi ruangan komen, Sita menjawab soalan netizen yang meragui lelaki dalam foto yang dimuat naik itu adalah suaminya.
Sita mengaku dia dan suami mempunyai perbezaan usia 22 tahun. – Agensi