fbpx

Lelaki maut pecah masuk rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA maut selepas cuba memanjat balkoni jiran ke tingkap rumahnya. - NATALIA GUBERNATOROVA

MOSCOW – Seorang lelaki di Moscow, Russia maut selepas cuba memecah masuk ke dalam apartmennya sendiri kerana tertinggal kunci, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki berusia 49 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu tertinggal kunci rumah di dalam apartmennya, lapor media tempatan.

Akhbar MK melaporkan kejadian itu berlaku pada Khamis lalu selepas lelaki itu pulang daripada membawa anjingnya bersiar-siar.

Apabila sampai di pintu masuk apartmennya, lelaki itu menyedari dia terlupa kunci. Dia meminta kebenaran jiran untuk memanjat balkoni tingkat empat mereka untuk ke flatnya di bawah.

Akhbar itu melaporkan bahawa mangsa kemudian menghubungi rakan dan memintanya membawakan kabel kereta.

Dia kemudian mengikat tali itu di pinggangnya dan memanjat balkoni, manakala jirannya memegang hujung satu lagi. Ketika cuba memanjat, lelaki itu didakwa tercekik oleh ikatan tali tersebut.

Dia terjatuh namun tergantung di paras tingkat tiga kerana tali itu tersangkut pada bingkai tingkap. Dia mengetuk tingkap di tingkat tiga itu beberapa kali namun tiada jawapan.

Saksi kemudian menghubungi anggota penyelamat, manakala dua lelaki berlari masuk ke dalam apartmen untuk membantu pemilik pangsapuri itu menahan mangsa yang tergantung sebelum penyelamat tiba.

Mangsa bagaimanapun secara tragis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh perkhidmatan kecemasan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI