fbpx

Lelaki gatal komen foto Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO Nabila Razali yang menarik perhatian lelaki mata keranjang yang meninggalkan komen lucah dalam media sosial.

APALAH salah Nabila Razali, ambil gambar di restoran pun kena kecam. Bukan setakat kecam, gambar penyanyi itu turut dihujani dengan komen-komen lucah daripada lelaki gatal.

Diva pun tak faham apa yang mereka nampak pada gambar Nabila. Pada pandangan mata Diva, biasa sahaja gambar tersebut.

Cuma tak dinafikan, aksi ala menonggek yang digayakan Nabila ketika bergambar memang mengundang kecaman.

Tapi tidaklah keterlaluan sehingga boleh menggugat iman seseorang. Mungkin pada mata netizen, gaya tersebut tidak sesuai disebabkan imej Nabila yang berhijab.

Antara komen-komen ‘jijik’ yang ditinggalkan netizen apabila memuji bentuk pinggul Nabila yang dikatakan seksi.

“Dia ‘belanja’ lah,” komen seorang pengguna Instagram.

“Wow lentik,” kata seorang lagi lelaki gatal.

Tapi ramai juga yang menegur penyanyi yang mesra disapa Bella itu supaya menjaga kelakuan terutama auratnya.

“Tutup aurat awak si cantik!” kata seorang peminatnya.

Netizen pun, tak payahlah nak lebih-lebih komen merepek. Diva baca pun rasa malu.

DIVA: Kacak sungguh anak bujang pelakon Fauzi Nawawi. Macam ayahnya juga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI