fbpx

Kereta peronda MBSA pusing perumahan umum sedia banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Bandar Shah Alam, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid melihat dan memantau aset-aset kelengkapan banjir MBSA.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil langkah proaktif dalam sistem hebahan banjir menerusi kereta perondanya.

Hebahan itu melibatkan penduduk khususnya di kawasan ‘hot spot’ banjir seperti di Seksyen 25, U6, 28, 29, 33 dan U2.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pemakluman secara bergerak menerusi kereta peronda dan kenderaan siaraya Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA dilaksanakan sejak Jumaat lalu.

Katanya, pengumuman ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan pengumuman awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

“MBSA telah melakukan hebahan kepada penduduk khususnya di kawasan ‘hot spot’ banjir seperti di Seksyen 25, U6, 28, 29, 33 dan U2.

“Penduduk dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga sekiranya hujan lebat berterusan dan sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Jelas beliau, pasukan pantas MBSA sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Sekiranya berlaku bencana khususnya banjir warga shah alam boleh menelefon di bilik pantas mbsa 03-55105811 (24 jam),” katanya.

Sebelum ini, media turut melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan dan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dipetik berkata, sebanyak empat negeri membabitkan Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor antara yang dikenal pasti sebagai kawasan titik panas banjir yang mungkin berlaku pada bila-bila masa ketika Monsur Timur Laut (MTL). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI