fbpx

Kerajaan akan import pam berkuasa tinggi atasi banjir ‘termenung’ – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) beramah mesra bersama mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk, hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

BAGAN DATUK – Kerajaan sedia mengimport lebih banyak pam air berkuasa tinggi untuk menyedut air di lokasi yang dikenal pasti berlaku kejadian banjir bergenang atau ‘air termenung’ di seluruh negara sebagai penyelesaian segera masalah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan usaha itu akan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi koordinasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikannya.

“Kita akan memastikan pam air berkuasa tinggi ditempatkan segera di kawasan terlibat dengan melihat bilangan pam sedia ada dalam simpanan agensi berkaitan.

“Jika perlu diimport segera, saya meminta tiga agensi terlibat mengemukakan cadangan ini mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, kita berharap tiga agensi ini jangan terlalu lama (mengemukakan cadangan pembelian) kerana masalah rakyat ini perlu ditangani segera,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bagan Datuk di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini, hari ini.

Seramai 19 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS itu selepas rumah mereka di Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang Darat dan Kampung Sungai Nipah Darat ditenggelami air.

Selain itu, banyak rumah penduduk di Bagan Datuk menghadapi masalah ‘air termenung’ yang bermula sejak 19 November lalu dan tidak surut sehingga sekarang.

Menurut Ahmad Zahid, kejadian banjir ‘air termenung’ banyak berlaku di kawasan Pantai Barat Semenanjung disebabkan perubahan iklim dunia, hujan lebat melebihi hujan purata di kawasan muka bumi rendah serta berlaku kejadian air pasang besar iaitu paras air laut melebihi daratan.

Jelasnya, untuk penyelesaian sederhana, kerajaan akan melaksanakan pembinaan ban atau benteng di kawasan rendah dan mengalami kesukaran untuk mengepam air keluar, yang boleh disiapkan dalam tempoh tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI