PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Ryukyu, Jepun pada pukul 3.01 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.3 skala Richter.
“Kejadian gempa itu berlaku di 26.8 darjah Utara dan 126.4 darjah Timur.
“Pusat gempa bumi itu terletak di 145 kilometer (km) Barat Laut dari Naha, Jepun dengan kedalaman 93 km,” katanya di sini tadi.
Bagaimanapun, susulan kejadian gempa bumi itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE