ANAK dara kepada selebriti terkenal Erra Fazira iaitu Engku Aleesya mendapat perhatian ramai apabila tampil dengan imej bertudung dalam sebuah video yang dimuat naik ibunya menerusi Instagram.
Dalam video tersebut, Aleesya yang kini berusia 13 tahun berpakaian sedondon dengan ibunya ketika menghadiri sebuah pameran.
Apa yang menarik perhatian apabila Aleesya dilihat turut mengenakan hijab, sehingga menyebabkan wajahnya saling tidak tumpah seperti ibunya.
Malah, ada netizen turut beranggapan Erra dan anaknya seperti adik dan kakak kerana kelihatan seperti adik-beradik.
Bukan itu sahaja, netizen turut memuji Aleesya kerana berpenampilan sopan, malah kelihatan lemah-lembut serta malu-malu. Alahai, cantik betul dia, sebijik macam Erra!
Malah, sikapnya memang jauh berbeza dengan segelintir remaja seusianya yang kelihatan lebih galak, terutama jika membesar di kawasan bandar.
“Comel macam adik dengan kakak,” kata seorang netizen.
“Cantiknya anak Erra berhijab. Teruskan pakai hijab ya,” puji seorang lagi peminatnya.
“Suka Aleesya sebab dia tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ya,” kata seorang pengguna Instagram.
Betul apa yang netizen cakap. Tiba-tiba Diva teringat pada seorang pelakon remaja yang sejak akhir-akhir ini selalu dikecam ramai kerana cuba menjadi dewasa pada usia muda.
DIVA: Menarik betul program Studio Sembang yang dikendalikan oleh pelakon Amelia Henderson dalam saluran YouTube miliknya.