fbpx

DBKL HT sapu bersih gelaran MIHL 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad lelaki dan wanita DBKL HT meraikan kejayaan menjuarai saingan MIHL musim ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL HT) mencipta sejarah baharu apabila menjuarai kategori lelaki dan wanita Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) 2022.

Ia sekali gus memperbaiki pencapaian musim lalu selepas menyaksikan skuad lelaki DBKL HT terlepas peluang merangkul gelaran apabila muncul naib juara.

Bagaimanapun, mereka menebus semula kekecewaan musim lalu apabila membelasah juara bertahan, ATM Gladiator Men 5-2 pada final di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman masing-masing berjaya meledak dua gol buat DBKL HT selain satu jaringan daripada Danial Asyraf Abdul Ghani.

ATM Gladiator Men terpaksa akur dengan kekalahan itu apabila sekadar meledak dua gol menerusi Razali Mohd. Hazemi dan Mohd. Izwan Rodzi.

“Alhamdulillah kami bangkit untuk mencapai sasaran kemenangan tahun ini selepas dikecewakan tahun lepas kepada ATM,” kata ketua jurulatih skuad lelaki DBKL HT, Suhaizad Zulkifli.

Pengendali skuad wanita DBKL HT, Nuraini Abdul Rashid berbangga dengan komitmen dan kepercayaan semua pemain biarpun tidak dapat membuat persediaan lengkap sebelum saingan musim ini bermula.

“Saya sebagai jurulatih tahun ini merasakan sejarah baharu buat DBKL dengan dengan kejuaraan kali kedua. Kami berdepan tekanan sebagai juara bertahan tetapi rezeki masih kekal milik kami,” jelasnya.

Tiga gol skuad wanita DBKL HT menewaskan MOHC-MHA 3-0 dalam aksi final itu dijaringkan oleh Fazilla Sylvester Silin, Iren Hussin dan Nur Atira Mohamad Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI