WARSAW – Salah satu bulatan paling teruk di dunia terdapat di Poland kerana ia mempunyai papan tanda yang tidak dapat ditafsirkan dan trem bergerak secara ‘zig-zag’ melaluinya, lapor portal berita The Sun semalam.
Persimpangan di Poznan itu yang siap beberapa bulan lalu, diselar oleh ramai pemandu kerana mempunyai tanda lorong mengelirukan dan jalan keluar yang tidak jelas.
Bulatan Rataje itu mengambil masa selama empat tahun untuk dibina semula dan dimodenkan tetapi pemandu-pemandu bergelut untuk memandu di bulatan yang ‘huru-hara’ itu, malah mereka meminta manual arahan bagi tujuan tersebut.
Sebahagian pemandu berkata: “Kekeliruan di bulatan itu berpunca daripada cara papan tanda dicat untuk menyatakan cadangan laluan keluar dan masuk dalam bentuk garisan putus-putus.
“Pemandu-pemandu percaya bahawa lorong pergi ke arah ini (tetapi) apabila mereka pergi, ia bergerak ke arah lain.
“Konflik timbul kerana sesetengah pemandu memandu di sepanjang satu baris dan yang lain di sepanjang barisan yang lain dan semua orang berpendapat mereka memandu dengan betul.”
Sebaliknya, sebuah syarikat pembinaan, Aldesa yang mengambil projek itu pada tahun 2018 berkata, bulatan itu kini berfungsi dan kia dianggap sebagai hab komunikasi bersepadu. – Agensi