fbpx

Bukan masa meratapi ketiadaan Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIC percaya pemain pertahanan yang dipilih mampu memikul tanggungjawab dengan baik biarpun tanpa kehadiran Cools. – FB FAM

KETIADAAN Dion Cools dalam senarai 23 pemain ke Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kali ini tidak beri kesan besar kepada Harimau Malaya khususnya di posisi pertahanan.

Walaupun tidak diberikan ujian sebenar pada dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives, barisan belakang Harimau Malaya sudah terbukti mampu melaksanakan tugas dengan baik tanpa Cools apabila kekal tanpa bolos.

Pertahanan Sabah, Dominic Tan berkata, ketika ini bukan masanya untuk meratapi ketiadaan pemain utama kerana perkara paling penting adalah persiapan pasukan sebelum ke pertandingan sebenar.

“Setiap perlawanan pasti akan ada titik kelemahan dan kekuatan. Saya percaya barisan kejurulatihan sudah pun membuat analisa dan fokus sekarang adalah perbaiki kelemahan.

“Bagi saya, pasukan kali ini bertambah baik dan apabila dapat lalui dua aksi persahabatan, ia sesuatu yang bagus sebelum ke pertandingan sebenar. Momentum kemenangan ini harus dibawa ke pertandingan Piala AFF.

“Sudah pasti benda paling penting, buat masa sekarang adalah kami perlu kekal bersatu dengan apa yang pasukan ada. Bagi saya pasukan kali ini juga tidak kurang hebatnya dan miliki kemampuan,” katanya.

Pengendali negara, Kim Pan-gon kelmarin sudah pun melengkapkan senarai 23 pemain ke Piala AFF dan ambil keputusan tidak menyenaraikan Cools yang mempunyai urusan peribadi.

Esok Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon dan akan membuka tirai Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Rabu ini.

“Saya cukup gembira untuk berada dalam senarai kali ini, namun persaingan dalam pasukan ketika ini agak tinggi, jadi jika diberi peluang bermain, sudah pasti saya mahu banggakan Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI