fbpx

Banjir: Jalan Machang-Kota Bharu ditutup untuk kenderaan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Machang-Kota Bharu di Pulai Chondong dekat Machang dinaiki air setinggi 0.5 meter hari ini susulan hujan lebat sejak semalam. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Jalan Machang-Kota Bharu di Pulai Chondong di sini, dinaiki air setinggi 0.5 meter susulan daripada hujan lebat yang melanda seluruh negeri Kelantan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, laluan utama sepanjang 800 meter itu ketika ini ditutup untuk semua kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menurutnya, selain jalan itu, laluan masuk ke lima buah kampung di daerah ini juga dinaiki air sehingga menyebabkan penduduk terputus hubungan.

“Jalan Belukar Panjang – Paloh Rawa sepanjang 300 meter dinaiki air setinggi 0.5 meter, Jalan Kampung Pertok Temangan-Kampung Pangkal Chuit Machang dan Jalan Pengkalan Kunyit – Mata Ayer sejauh 400 meter turut dinaiki air 0.5 meter air.

“Jalan Kolam ke bandar Machang juga dinaiki air 1 meter, Jalan Labok ke Kolam Air Panas pula ditenggalami air sedalam 1.5 meter dan Jalan Padang Kelumpang ke Kampung Kelaweh turut dinaiki air 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Menurut Mohd. Adli, orang ramai diminta untuk mematuhi arahan pihak polis dan sentiasa berwaspada terhadap situasi banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI