TAHUN ini, berita perceraian Ashira Aziz dengan Bad Indigo memang mengejutkan ramai pihak.
Selepas beberapa bulan bercerai, Ashira berkongsi status dirinya yang sedang mengenal hati budi seorang jejaka iaitu sahabat lamanya.
Mahu juga merasa bahagia, Bad pula mencuri perhatian memuat naik sekeping foto memberi bayangan sedang rapat dengan seorang wanita.
Dia tidak kongsi wajah penuh wanita itu, tetapi tetap peminat ucapkan tahniah dan berdoa agar Bad kekal bahagia.
Lega Diva apabila melihat kedua-duanya semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Iyalah, sebelum ini ada juga pasangan lain yang tidak habis-habis meratap atau mencari kesalahan bekas pasangan mereka.
DIVA: Kecaman terhadap Janna Nick masih berterusan sehingga sekarang kerana dikatakan membuat gimik putus cinta demi pelancaran lagu baharu. Diva no comment!