fbpx

Amaran ribut petir di 6 negeri hingga 6 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga pukul 6 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Pahang melibatkan daerah Raub, Bentong, Temerloh dan Bera,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, amaran ribut petir itu juga dikeluarkan di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Cuaca buruk itu juga diramal berlaku di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu dan Seremban.

“Bagi negeri Johor pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” ujarnya.

Selain itu katanya, amaran sama juga dikeluarkan di Sarawak iaitu di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Di Sabah pula, amaran sama diberikan bagi daerah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Sandakan dan Kudat (Pitas).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI