fbpx

Hujan lebat di Kelantan, Terengganu hingga Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri hingga Selasa depan.

MetMalaysia dalam hantaran berkata, amaran hujan itu terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen A, amaran hujan berterusan (bahaya) melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan serta seluruh Terengganu.

“Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Selain itu, seksyen B iaitu amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan bagi daerah Padang Terap, Sik dan Baling,” katanya di sini, hari ini.

Katanya amaran sama turut dikeluarkan di Hulu Perak, Perak.

“Turut dikenakan amaran sama ialah di Gua Musang, Kelantan serta beberapa daerah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Amaran ketiga iaitu seksyen C, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan bagi seluruh negeri Pulau Pinang serta beberapa daerah di negeri Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu,” ujarnya.

Selain itu, turut dikenakan amaran sama ialah negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Sementara amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam,” ujarnya.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan (waspada) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI