fbpx

Zoo Sweden tembak mati tiga cimpanzi terlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan kenderaan sebuah syarikat keselamatan diletakkan berhampiran pintu masuk utama Zoo Furuvik di Sweden kelmarin. - AFP

STOCKHOLM, Sweden – Sebuah zoo di Sweden menembak mati tiga ekor cimpanzi yang melarikan diri daripada kandang, manakala keadaan setakat kelmarin masih belum terkawal sepenuhnya.

Cimpanzi keempat cedera akibat terkena tembakan, kata syarikat yang mengendalikan Zoo Furuvik,  sekitar 200 kilometer ke utara Stockholm.

“Cimpanzi dianggap haiwan berisiko tinggi. Jika haiwan  ini keluar dari zoo, ia boleh menimbulkan ancaman kepada keorang ramai,” kata jurucakap Parks and Resorts, Annika Troselius.

Lima daripada tujuh cimpanzi dari Zoo Furuvik terlepas daripada  kandang, Rabu lalu sekitar waktu tengah hari dan berkeliaran di kawasan zoo. 

Bagaimana cimpanzi-cimpanzi itu terlepas masih belum jelas.

Zoo itu ditutup kepada pelawat pada musim ini, namun kakitangan diarah untuk memindahkan haiwan-haiwan ke dalam kandang yang selamat. Keputusan untuk menembak mati cimpanzi itu dikritik di media sosial.

Menurut pihak zoo, tindakan menenangkan haiwan adalah ‘bukan satu alternatif’.

“Untuk menembak dart anestetik, anda perlu berada sangat dekat dengan haiwan itu. Selain itu, anda perlu menunggu sehingga 10 minit untuk penenang itu bertindak balas”, kata pihak zoo dalam satu kenyataan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI