fbpx

Wanita Austria belanjakan lebih RM200,000 untuk bibir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita sanggup berbelanja besar semata-mata mahu kelihatan diirnya terlampau kewanitaan. - Foto mediadrumimages/FetishBarbie

VIENNA – Seorang wanita berkata bahawa dia telah membelanjakan sebanyak £40,000 (RM214,924) untuk menjadikan bibirnya kelihatan besar dan beberapa prosedur lain, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Fetisch Barbie dari Vienna, Austria turut mencantikkan hidung, pipi, dagu, nasolabial dan melakukan suntikan botox pada mukanya.

Dia juga mempunyai ramai peminat dalam kalangan lelaki yang memuji dan membelinya pelbagai jenis hadiah.  

Barbie berkata, lelaki-lelaki itu menghubunginya secara online dan wanita tersebut masih berhubung dengan mereka kerana dirinya adalah ‘tangan’ peneraju transformasi mereka.

Wanita tersebut menyifatkan dirinya memiliki kecantikan semula jadi dan berminat dengan versi kewanitaan kosmetik sejak berusia 13 tahun lagi.

Sejak berumur 18 tahun, bibirnya telah disuntik sekitar 50 hingga 60 kali dan melakukan pembesaran terhadap payu daranya supaya dia mempunyai tubuh yang kelihatan ‘terlalu’ kewanitaaan.

Barbie juga mendakwa bahawa sesetengah orang telah menjadi sangat taksub dengannya sehingga mereka memutuskan untuk beralih menjadi wanita dan meniru penampilannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI