fbpx

Tanah runtuh: ‘Waris masih lagi berharap’- sukarelawan Tzu Chi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Yayasan Buddha Tzu Chi, Tan Chee Wei.

SUNGAI BULOH – Pertubuhan Yayasan Buddha Tzu Chi dilihat setia memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa tanah runtuh sejak dari awal kejadian semalam.

Sukarelawan Yayasan Buddha Tzu Chi, Tan Chee Wei berkata, waris masih lagi berharap meskipun jumlah mangsa terlibat telah dimaklumkan.

“Ada waris yang sudah berikan DNA tetapi keputusan masih belum dikeluarkan oleh pihak hospital.

“Barisan sukarelawan kami akan sentiasa berada di samping waris sehingga segala proses selesai,” ujarnya.

Pertubuhan itu sebelum ini difahamkan telah menghantar sukarelawan mereka ke lokasi kejadian namun, tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa.

“Kami kemudiannya ke Balai Polis Ulu Yam dan sediakan sukarelawan di sana.

“Selain di sini (Hospital Sungai Buloh), sukarelawan kami turut bersedia di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 21 mayat telah dihantarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, lima daripada jumlah tersebut difahamkan tiba di pekarangan Jabatan Forensik sekitar pukul 5 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI