fbpx

Tanah runtuh: TUDM sedia kerah anggota, aset bantu SAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asghar Khan beramah mesra dengan pelatih dan ibu bapa selepas Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan dan Penerbangan Helikopter di KTU di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia untuk mengerah anggota bersama aset bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa di lokasi tanah runtuh di Jalan Genting – Batang Kali di Hulu Selangor, Selangor.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, anggotanya bersiap sedia untuk operasi SAR itu bersama agensi terlibat di tempat kejadian.

“Operasi (SAR) di Batang Kali ini diambil alih Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain, jadi untuk pihak TUDM kita sentiasa bersedia sekiranya diperlukan.

“Daripada TUDM misalnya, bantuan daripada segi aset sekiranya ada keperluan untuk mengeluarkan (mangsa) dalam keadaan susah kita sudah bersedia. TUDM ada aset atau peralatan yang boleh digunakan untuk membantu. Begitu juga daripada segi anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tragedi tanah runtuh di lokasi perkhemahan itu yang sehingga kini meragut nyawa 21 mangsa sementara operasi SAR masih dijalankan bagi mengesan 12 lagi yang dikhuatiri tertimbus di kawasan itu.

Terdahulu beliau hadir Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 83/21 dan Kursus Penerbangan Helikopter 63/21 di Kolej Tentera Udara (KTU) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 30 pelatih menerima sayap penerbangan masing-masing termasuk lima daripada mereka dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik bagi Piala Panglima Tentera Udara.

Dalam pada itu, kata Mohd Asghar Khan, ketika ini anggota TUDM dan aset pasukan itu siap siaga untuk operasi banjir di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI