HULU SELANGOR – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilihat hadir lokasi nahas tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini, hari ini.
Baginda tiba sekitar pukul 10.20 pagi tadi bagi meninjau pos kawalan di lokasi nahas yang setakat ini merekodkan sejumlah 21 mayat berjaya dijumpai susulan nahas itu.
Turut hadir sama Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Datuk Muzaffar Raja Redzwa.-KOSMO! ONLINE.