fbpx

Tanah runtuh: Mayat kanak-kanak ke-7 dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACRYL Sani hadir meninjau pos kawalan insiden runtuhan di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland

HULU SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui maut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban seramai 24 orang dalam tragedi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata, mayat yang dijumpai menjadikan jumlah keseluruhan mayat kanak-kanak tujuh orang.

“Mangsa dijumpai di sektor A (Hillview),” katanya kepada pemberita.

Acryl Sani berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor untuk mengetuai sebarang siasatan berkaitan tragedi berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu kehadiran pengusaha Fathers’ Organic Farm yang dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor petang ini.

“Tumpuan utama untuk menjejaki mangsa yang masih hilang di samping melakukan proses pengecaman mayat.

“Seperti saya cakap sebelum ini, kita akan tumpu usaha mencari. Tetapi tidak bermakna siasatan tidak dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, Acryl menegaskan bahawa perkara penting lain pada masa ini adalah mengenal pasti identiti mangsa.

Setakat pukul 5 petang tadi, sebanyak 24 daripada 94 individu disahkan maut dengan sembilan lagi masih belum dikesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI