fbpx

Tanah runtuh: Jenazah Nurul Azwani akan dikebumi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Nurul Azwani Kamarulzaman dilihat tenang ketika keluar dari ruangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH – Jenazah Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, mangsa yang meninggal dunia akibat runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm telah dibawa pulang oleh keluarganya, sekitar pukul 7.45 malam tadi.

Ibu mangsa, Siti Esah Hassan, 53, berkata, Allahyarham akan segera dikebumikan pada malam ini.

“Arwah akan dibawa pulang ke Taman Selasih, Gombak.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Batu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur,” jelasnya.

Menurutnya, puteri sulungnya itu bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong.

“Kali terakhir bertemu dengan dia (Allahyarham) adalah pada hari Rabu, sebelum pergi ke tempat perkhemahan.

“Ini kali pertama dia mengikuti aktiviti perkhemahan dan kami tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku,” katanya.

Ibu Allahyarham dilihat hadir bersama beberapa ahli keluarganya di pekarangan Jabatan Forensik Sungai Buloh sejak petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI