fbpx

Tanah runtuh: Identiti 21 mangsa maut belum dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) sedang giat membantu mengesan mangsa kejadian tanah runtuh.

HULU SELANGOR –  Identiti kesemua 21 mangsa maut yang ditemui dalam tragedi runtuhan di tiga tapak di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini, masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Suffian Abdullah berkata, kesemua mereka yang ditemui tidak berjaya menemui dokumen pengenalan diri.

“Seramai 21 mangsa (terkorban) yang kita jumpa itu semuanya tiada dokumen.

“Sekarang mereka Hospital Sungai Buloh dan sedang mencari waris mangsa yang hilang untuk membuat pengecaman,”katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, baki angka mangsa setakat ini masih kekal 12 orang sejak operasi SAR dijalankan sejak pukul 8.30 pagi tadi.. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI