HULU SELANGOR – Keadaan tanah becak dan lembab memaksa anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) meredah lumpur bagi mengeluarkan mayat.
Ia berikutan hujan lebat melanda kawasan tragedi di tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland di sini malam tadi sebelum disusuli hujan renyai pagi ini.
Setakat pukul 5 petang tadi, korban nahas tanah runtuh meningkat kepada 24 orang menjadikan baki yang dicari sembilan orang. – KOSMO! ONLINE!