fbpx

Tanah runtuh: 3 warga Singapura antara mangsa terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father‚'s Organic Farm, Hulu Selangor. - Foto MUHAMAD IQBAL

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan tiga warga Singapura terselamat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, memaklumkan ketiga-tiga warga Singapura itu ditemui selamat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan pihak oleh berkuasa.

“Saya ucapkan takziah dan simpati mendalam kepada para mangsa dan keluarga mereka.

“Kerajaan Malaysia sedang giat berusaha dalam memastikan semua yang terkesan dengan tragedi tersebut diberikan bantuan secepat mungkin,” katanya kenyataan itu.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut mendoakan keselamatan mangsa serta pihak yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa terpaksa ditangguhkan semalam berikutan cuaca buruk sekitar tempat kejadian.

Bagaimanapun, operasi berkenaan diteruskan kembali pukul 7 pagi hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI