HULU SELANGOR – Dua lagi mangsa ditemui pada hari kedua Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini, setakat pukul 1.30 petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata berkata, kedua-dua mangsa ke-22 dan 23 itu merupakan individu dewasa wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki.
“Penemuan ini sekali gus menjadi jumlah keseluruhan mangsa ditemui adalah 23 orang dan 10 lagi masih dicari,” katanya. -KOSMO! ONLINE