fbpx

Takut bah, pengunjung batal tempahan homestay di Cameron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALAN yang lengang di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands biarpun pada musim cuti sekolah ketika ini.

CAMERON HIGHLANDS – Pe­ngusaha inap desa di Kampung Taman Sedia di sini, mengeluh apabila terpaksa berdepan de­ngan isu kekurangan dan pembatalan tempahan pengunjung ekoran kebimbangan orang ramai me­ngenai musim tengkujuh ketika ini.

Pengerusi Homestay Kampung Taman Sedia, Mohammad Zulkepli Daud berkata, jumlah pengunjung berkurangan hampir separuh apabila hanya mencacatkan sekitar 3,000 orang sebulan berbanding antara 6,000 hingga 7,000 pada hari-hari biasa.

Katanya, dia menjangkakan situasi itu akan berterusan sehingga Februari depan.

“Selain tengkujuh, faktor lain yang menyebabkan kekurangan pengunjung ialah Covid-19. Ge­rai-gerai dan inap desa terpaksa berdepan dengan isu ini.

“Ada antara pengusaha inap desa mengadu yang mereka berdepan dengan risiko pembatalan tempahan daripada pe­langgan yang bimbang sekiranya kawasan tempat tinggal mereka dilanda banjir,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

PEKARANGAN salah sebuah homestay kelihatan sunyi daripada pengunjung ketika tinjauan dilakukan di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands baru-baru ini.

Menurut Mohammmad Zulkepli, tempahan di kesemua 15 inap desa yang mempunyai 200 buah bilik di situ telah penuh ketika musim cuti sekolah, namun ada juga yang kosong ekoran pelanggan tidak jadi datang.

Tambahnya, pemulangan deposit bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pengusaha inap desa tersebut.

“Ada pengusaha yang tidak ambil dan ada yang ambil depo­sit. Bagaimanapun, ia bergantung kepada perbincangan dengan pelanggan,” katanya.

Ujar Mohammad Zulkepli, pengusaha inap desa juga terpaksa bersaing dengan hotel-hotel bagi mendapatkan pelanggan.

“Bagaimanapun, inap desa mempunyai kekuatan tersendiri. kerana ia tidak terkurung seperti hotel.

“Pelanggan yang mahu memasak boleh melakukannya di homestay masing-masing, bahkan kedai makan pun banyak di sekitar kediaman tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI