HULU SELANGOR – Keadaan struktur tanah yang masih berisiko faktor sukarelawan tidak dibenarkan membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting – Batang Kali di sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memahami terdapat beberapa pihak awam yang ingin membantu dalam kerja-kerja SAR.
Namun begitu, ulas beliau, soal keselamatan pelbagai pihak menjadi faktor utama mereka tidak dibenarkan mengikuti operasi itu.
“Kita hadkan operasi pencarian ini dengan diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) dan beberapa agensi lain.
“Kawasan yang terlibat ini luas, jadi sekiranya kita memberikan kebenaran dibimbangi penugasan tidak dapat diselaraskan dan menjadi kucar kacir,” katanya kepada pemberita. -KOSMO! ONLINE.