fbpx

PTPTN bantu 3.77 juta pelajar sejak 25 tahun penubuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Apli memotong reben sebagai simbolik pelancaran Pejabat PTPTN Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membantu seramai 3.77 juta pelajar sejak 25 tahun penubuhannya.

Pengerusi PTPTN, Dr. Apli bin Yusoff berkata, pinjaman tersebut diberi sejak penubuhan agensi itu pada 1 November 1997 hingga 30 November tahun ini melibatkan pinjaman yang dikeluarkan berjumlah RM68.22 billion.

“Dalam tempoh yang sama juga jumlah deposit simpanan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM13.38 billion dengan bilangan akaun berjumlah 5.68 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau hari ini turut melancarkan Karnival PTPTN Sempoi Baq Hang dan Pejabat baharu PTPTN Pulau Pinang sempena Jubli Perak.

Apli berkata, bagi memastikan identiti korporat PTPTN terus disegani dan memberi kepercayaan yang kukuh, agensi ini telah melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat bermula tahun 2020.

“Inisiatif ini selari dengan Pelan Strategik 2021-2025 yang turut menumpukan kepada usaha memperkasa organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui memperkasakan imej, budaya dan proses kerja melalui penjenamaan dan pendigitalan PTPTN.” katanya.

Tambahnya, penganjuran penganjuran karnival ini sangat bertepatan bagi menghebahkan kepada orang ramai tentang perpindahan Pejabat PTPTN Pulau Pinang dari Seberang Jaya ke lokasi baharu yang lebih strategik di Elevate Gravitas, Permatang Pauh.

“Justeru, seluruh warga Pulau Pinang boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. PPN Pulau Pinang telah mula beroperasi pada 15 Disember lepas.

“Selain itu, PTPTN juga mempunyai tiga Pejabat PTPTN Cawangan (PPC) di Pulau Pinang iaitu PPC Bayan Baru, PPC UTC Pulau Pinang dan PPC Bukit Mertajam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI