fbpx

Pengadil seksi kagum rakan senegara adili perlawanan akhir Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bojar-Stefanska meluahkan rasa bangganya di Instagram. - @bojarmeow/Instagram

WARSAW, Poland –  Seorang pengadil wanita meraikan pelantikan pegawai dari Poland untuk mengadili perlawanan akhir Piala Dunia Qatar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Karolina Bojar-Stefanska, 25, memberi reaksi melalui akaun Instagramnya terhadap berita bahawa rakan senegaranya, Szymon Marciniak akan mengetuai pasukan pengadil untuk perlawanan Argentina menentang Perancis.

Bojar Stefanska mendapat ramai peminat kerana penampilannya yang menarik dan kemahirannya menjadi pengadil termasuk mengadili Liga Belia Pusat Poland. Dia  bekerja sebagai peguam dan menyertai acara larian.

“Bangga! Pada hari Ahad, kita semua tidak sabar untuk Marciniak dan pasukannya,” demikian kapsyen pada hantaran Bojar-Stefanska sambil berkongsi imej pasukan pengadil itu.

Berita mengenai Marciniak yang dilantik sebagai pengadil juga disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Poland. Dia menjadi yang pertama dipilih mengadili perlawanan itu.

Ia akan menjadi perlawanan ketiga yang diadili oleh Marciniak di Qatar, selepas kemenangan Perancis di peringkat kumpulan ke atas Denmark dan kemenangan Argentina menentang Australia dalam pusingan 16.

Marciniak akan dibantu oleh rakan pengadil dari Poland, Pawel Sokolnick dan Tomasz Listkiewicz untuk perlawanan itu.

Sementara itu, seorang lagi pegawai Poland, Tomasz Kwiatkowski adalah ketua pegawai Pembantu Pengadil Video (VAR).

Selebihnya dalam pasukan pengadil itu terdiri daripada dua orang dari Amerika Syarikat (AS), serta pegawai dari Venezuela dan Mexico. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI