fbpx

Pencuri tidak serik sorok jam tangan mewah dalam kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHARDS menghadapi beberapa pertuduhan ekoran kejadian tersebut. - Daily Star

WASHINGTON – Seorang pencuri wanita di Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas menyembunyikan seutas jam tangan mewah berharga £10,000 (RM53,724) di dalam kemaluannya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sarah Richards, 33, dari Baltimore ditahan Ahad lalu selepas polis menemui jam tangan mewah itu di dalam kemaluannya.

Pada 4 Jun lalu, seorang tetamu hotel melaporkan kepada polis bahawa Richards mencuri jam tangan Patek Philippe miliknya selepas memberinya dadah ketika mereka bertemu di sebuah kasino.

Dalam kejadian berasingan pada 12 Disember lalu, Richards ditetapkan untuk hadir perbicaraan di mahkamah untuk kes pertama, tetapi sehari sebelumnya, polis menerima laporan dia telah mencuri barang dari sebuah bilik di Hotel Aria, termasuk jam Rolex.

Pengawal keselamatan menahan Richards tetapi gagal menjumpai jam tangan itu selepas melakukan pemeriksaan badan.

Menurut mereka, jam Rolex itu akhirnya ditemui apabila pegawai menghala alat pengesan logam sekitar bahagian kemaluannya.

Polis berkata, Richards kemudian bersetuju untuk mengeluarkan jam tangan itu dari kemaluannya.

Jam tangan itu dimasukkan ke dalam beg biohazard dan akan dibawa bersama Richards dalam perbicaraan mahkamah pada 10 Januari akan datang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI