fbpx

Lelaki Brazil cipta rekod hadiri 11 Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sbruzzi (tengah) bergambar semasa menghadiri Piala Dunia Qatar 2022. - Agensi Berita Arab Brazil (ANBA)

BRASILIA – Seorang lelaki warga Brazil diiktiraf oleh Guinness World Records selepas memecah rekod untuk kategori kejohanan Piala Dunia FIFA paling banyak dihadiri oleh seorang individu, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Daniel Sbruzzi, 75, dari bandar Taubate, negeri Sao Paulo menghadiri kejohanan Piala Dunia pertamanya di Argentina pada 1978, manakala acara di Qatar tahun ini adalah yang ke-11.

Sbruzzi memberitahu badan penyimpan rekod dunia itu bahawa ia adalah peluang untuk ‘menghubungkan keinginan terbesar’ dalam hidupnya iaitu terhadap bola sepak dan menyelami kepelbagaian budaya  di seluruh dunia.

Peminat tegar bola sepak itu berkata, dia membawa ciri-ciri budaya negaranya sendiri di kebanyakan perlawanan dengan mewakili blok karnivalnya yang digelar ‘Bloco Vai Quem Quer’ bermaksud ‘Siapa yang mahu boleh pergi’.

“Satu elemen Bloco Vai Quem Quer ialah lelaki berpakaian seperti wanita semasa tempoh karnival dan perarakan di jalanan. Saya cuba membawa budaya dari bandar saya ke seluruh dunia,” kata Sbruzzi.

Piala Dunia Qatar adalah satu-satunya kejohanan yang dihadirinya tanpa memakai pakaian yang diilhamkan oleh wanita kerana menuruti etika berpakaian kejohanan itu.

Sbruzzi sudah merancang untuk mengatasi rekodnya sendiri dengan menghadiri Piala Dunia 2026, yang akan dianjurkan bersama oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI