TIDAK kering gusi netizen apabila Sharifah Shahirah mencuri perhatian ramai berkongsi gaya unik anak-anaknya dalam TikTok baru-baru ini.
Dalam video tersebut, penyampai radio Suria FM itu berkongsi dan memberi pendapat mengenai imej tiga anaknya iaitu Airell Zulkifli, Airra Zulkifli dan Audrra Zulkifli.
“Anak aku sudah macam Janna Nick dalam drama Coffee Prince.
“Airra, duduk macam lelaki, manakala yang lelaki (Airell) duduk seperti perempuan,” katanya.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsiannya yang mesra disapa Shiera dan dia turut dilabel sebagai ibu yang ‘sporting’.
“Ibunya kelakar. Tak mengapa, nanti berubahlah jika sudah dewasa,” komen netizen.
“Cantik dan kacak anak-anak Shiera. Boleh jadi model semuanya,” kata seorang lagi netizen.