fbpx

Gandingan semula Peng Soon-Liu Ying paling dinantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG SOON dan Liu Ying memberi keterujaan kepada peminat badminton apabila kembali bergandingan bagi mengharungi Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada Januari depan.

SELEPAS lama tidak bersama, peminat-peminat sukan badminton negara akan dapat kembali menyaksikan kelibat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bergandingan pada Terbuka Malaysia 2023 Januari depan.

Pastinya kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu akan menjadi tumpuan pada peminat Peng Soon-Liu Ying memandangkan ia adalah kejohanan terakhir buat Liu Ying sebelum dia menggantung raket.

Peng Soon menjelaskan, dia bersetuju kembali bergandingan selepas mengambil kira Terbuka Malaysia adalah kejohanan terakhir Liu Ying selain mahu beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Saya tahu pasti ramai penonton mahu lihat kami kembali bergandingan di dalam gelanggang, lebih-lebih lagi pada Terbuka Malaysia di laman sendiri, oleh sebab itu saya bersetuju.

“Selain itu, saya juga mahu raikan perpisahan dengan Liu Ying memandangkan dia akan bersara sepenuhnya sebaik sahaja kejohanan itu berakhir nanti,” kata­nya yang kembali bergerak secara profesional bulan lalu.

Selepas sekian lama tidak bermain bersama, Peng Soon-Liu Ying yang pernah muncul naib juara Terbuka Malaysia pada 2013 dan 2016 dijangka turun ke kejohanan itu nanti sebagai beregu No. 49 dunia.

Pada masa sama, Peng Soon juga berkata, mereka tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan kali ini memandangkan hasrat utamanya adalah untuk menjadikan Terbuka Malaysia sebagai aksi perpisahan dengan Liu Ying.

“Kami akan bermain pada Terbuka Malaysia nanti tanpa sebarang sasaran juara lagi, hanya bermain sebagai ‘farewell’ untuk Liu Ying. Keutamaan kami adalah untuk hiburkan penonton yang mahu melihat kami beraksi buat kali terakhir di atas gelanggang,” ujarnya.

Sementara itu, Peng Soon yang bergandingan secara tetap bersama Cheah Yee See sebagai beregu profesional turut menyuarakan hasrat untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI