fbpx

Fatin Afeefa mahu anak-anak hafaz al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN Afeefa mahu kedua-dua permata hatinya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Sophia menjadi seorang yang boleh menghafaz al-Quran suatu hari nanti.

PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa mendedahkan kedua-dua anaknya memasang impian mahu khatam al-Quran sebelum tahun 2022 berakhir.

Katanya, mereka bersaing mencapai hajat itu dengan bersungguh-sungguh di kelas mengaji hingga memintanya tidak menjemput pulang terlalu awal.

“Anak-anak saya tiada di rumah, mereka pergi mengaji dari waktu Isyak hingga pukul 10 malam baru balik.

“Mereka sedang berlumba-lumba khatam al-Quran sebab itu tak bagi saya ambil dari tempat mengaji terlalu awal.

“Arrian lagi semangat sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia. Jadi dia nak kejar semula bacaan surah yang tertinggal,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Tentang Bulan itu bagi menjawab pertanyaan pengikutnya dalam siaran langsung TikTok.

Begitupun kongsi Fatin, anak sulungnya itu berkemungkinan tidak sempat khatam memandangkan bacaannya baru masuk juzuk ke-11.

Pemilik nama sebenar Fatin Afifah Shamsudin, 28, itu turut memaklumkan ingin mendedahkan kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian, 9, dan Ivy Herra Sophia, 7, dengan ilmu agama.

Malah antara harapannya adalah akan memastikan mereka menghafaz al-Quran pada masa akan datang.

Terdahulu, aktres yang juga penyanyi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 2013, namun berpisah empat tahun kemudian.

Mereka dikurniakan Ivy, manakala anak sulungnya, Arrian pula adalah daripada perkahwinan pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI