fbpx

Drama Budak Tebing 3 lebih banyak konflik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Budak Tebing 3 lakonan Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana dan ramai lagi lebih sarat dengan konflik.

JIKA anda peminat drama tempatan, Budak Tebing 3 (BT3) antara yang dinantikan ramai.

Kembali untuk musim baharu dengan mengekalkan Adam Lee, Eyka Farhana dan Aedy Ashraf, BT3 juga menampilkan wajah terkini iaitu Nabil Aqil, Nia Natasha dan Azhar Sulaiman.

Naskhah arahan Nizam Zakaria tersebut masih mengetengahkan masalah sosial dalam kalangan remaja di ibu kota.

Dalam BT3, kemunculan Kylo lakonan Nabil yang mendakwa dirinya merupakan adik tiri kepada Tongki (Aedy) berhasrat ingin menyatukan semula budak-budak tebing.

Pelbagai konflik dipaparkan dalam BT3 yang sudah menemui penonton menerusi slot Lestary sejak 14 Disember lalu setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI