fbpx

Dasar Covid-19 Xi Jinping tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di luar hospital di Nantong dekat wilayah Jiangsu, timur China pada 14 Disember 2022. -- AFP

BEIJING –  Parti Komunis China telah melonggarkan sekatan Covid-19 di seluruh negara tetapi ahli-ahli politik terus menekankan bahawa keputusan yang dibuat oleh Presiden Xi Jinping adalah tepat, lapor laman berita Wion News kelmarin.

China terpaksa membatalkan kebanyakan sekatan ketat Covid-19 berikutan protes di seluruh negara selepas menerima tekanan dari luar untuk tidak menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

Akhbar The People’s Daily dalam satu artikelnya, mempertahankan strategi pemerintah selain meminta rakyat untuk mengekalkan kepercayaan mereka kepada kerajaan. 

Ia menekankan bahawa strategi pemerintah akan berjaya mengawal penularan Covid-19 walaupun mengambil masa yang lama.

“Selepas tiga tahun berusaha, kami mempunyai syarat, mekanisme, sistem, pasukan dan perubatan untuk meletakkan asas bagi kemenangan yang menyeluruh dalam memerangi wabak itu (Covid-19),” demikian menurut artikel tersebut.

Pemerintah China sebelum ini melancarkan percubaan besar-besaran untuk mengawal naratif di media sosial dengan memberi tumpuan kepada komen netizen di platform seperti WeChat dan Weibo.

Artikel sama turut menjelaskan mengenai ‘maklumat  salah’ dan ‘maklumat palsu’ di media sosial, selain mengatakan bahawa peralihan mendadak dalam dasar Covid-19 telah menyukarkan negara untuk mencari tapak yang betul.

“Dengan patogen varian Omicron yang semakin lemah, perluasan kempen vaksinasi dan pengumpulan pengalaman dalam kaedah pencegahan serta kawalan, kami telah merumuskan 20 langkah pengoptimunan dan 10 langkah baharu  untuk meminimumkan kesan wabak Covid-19 terhadap pembangunan sosioekonomi,” jelas artikel berkenaan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI