fbpx

Cikgu Zack tak kekok bertemu Nuha, Naufal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIKGU Zack tiada masalah dengan Nuha dan Naufal selepas isu dia menegur penggunaan perkataan denyut dalam lirik lagu Casablanca.

PETALING JAYA – Pertemuan tenang empat mata antara Cikgu Zack dengan pasangan duet viral, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin membuktikan tiada perasaan dendam atau amarah antara mereka.

Sebelum ini, pempengaruh itu pernah menegur kesalahan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik lagu Casablanca nyanyian Nuha dan Naufal yang dikatakan tidak sesuai untuk merujuk pergerakan naik turun organ seperti jantung.

Peluang bertemu dengan duo itu pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2022 baru-baru ini, Cikgu Zack atau nama lengkapnya Saliza Ibrahim mengakui berasa tenang kerana tidak menyimpan apa-apa perasaan berkenaan isu tersebut.

“Saya hanya orang tengah kerana kami dari bidang yang berbeza cuma tujuan sama iaitu berkarya menerusi pekerjaan masing-masing.

“Jumpa tadi pun saya terus bertanya khabar mereka. Dalam hidup ini kalau ambil negatif maka keseluruhannya akan jadi buruk sehingga memberi kesan tidak boleh tidur lena,” ujarnya.

Bahkan, pertemuan tersebut mencetuskan idea untuk Cikgu Zack mencipta lagu buat Nuha dan Naufal.

“Saya ada buat puisi juga dan mana tahu boleh hasilkan lagu untuk mereka tetapi jangan masukkan saya sekali sebab takut hujan lebat,” selorohnya.

Sementara itu, Nuha dan Naufal juga tidak mengambil serius perihal ditegur Cikgu Zack kerana mereka sangat profesional dalam mengendalikan isu berkenaan.

Bahkan mereka terbuka dengan idea bekerjasama dengan guru Bahasa Melayu itu suatu hari nanti.

“Saya dan Naufal tiada apa-apa perasaan negatif. Kami pun belajar daripada cikgu.

“Sudah semestinya satu idea yang bagus untuk berkolaborasi. Mana tahu kami boleh melakukan bersama-sama kelak,” kata Nuha.

Beberapa bulan lalu, Cikgu Zack pernah tular gara-gara menegur penggunaan perkataan denyut dalam lirik lagu Casablanca yang dilihat tidak sesuai digunakan.

Dia menganggap istilah yang lebih tepat bagi menggambarkan debaran jantung adalah degup.

Penggunaan denyut dalam lagu duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin disifatkan sebagai tidak mengikut hukum tatabahasa.

Isu tersebut menjadi perhatian setelah lagu Casablanca tular dalam sosial media sehingga ke negara seberang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI