fbpx

Biden komited bantuan makanan RM11 bilion untuk Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN menghadiri acara penutup Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika di Washington kelmarin. -- AFP

WASHINGTON – Amerika Sya­rikat (AS)  komited menghulurkan bantuan makanan bernilai AS$2.5 bilion (RM11 bilion) kepada Afrika dan berikrar  membantu benua berkenaan berdepan kenaikan harga yang sebahagiannya berpunca daripada pencerobohan Russia ke atas negara jelapang gandum, Ukraine.

Presiden Joe Biden membentangkan komitmen baharu itu pada sesi penutup sidang kemuncak tiga hari yang membawa hampir 50 pemimpin Afrika ke Washington. 

Biden memberitahu mereka bahawa AS bimbang mengenai masalah kelaparan yang semakin buruk, sebahagiannya berpunca daripada perang tanpa provokasi Russia ke atas Ukraine.

“Kebuluran sekali lagi mengintai   Tanduk Afrika (Djibouti, Eritrea, Ethiopia, Kenya, Somalia, Sudan, Sudan Selatan dan Uganda).

“Keselamatan makanan adalah asas keamanan dan kemakmuran. Sekiranya ibu bapa tidak dapat memberi makan kepada anak mereka, semua yang lain tidak lagi penting,” kata Biden.

Beliau memberitahu, AS juga mahu bekerja sama dengan Afrika untuk membangunkan tanah pengairan.

“Afrika bukan sahaja mempunyai potensi untuk memberi makan penduduknya, tetapi juga seluruh dunia,” tambah Biden. 

Menurut White House,  dana AS$2.5 bilion itu akan memberikan bantuan kecemasan di samping bantuan jangka sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan makanan di Afrika.

AS sudah menghulurkan bantuan makanan berjumlah AS$11 bilion (RM48.6 bilion) kepada benua berkenaan tahun ini.

Tanduk Afrika dilanda kemarau teruk selepas musim hujan beberapa kali gagal dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, bantuan yang diberikan berjaya mengelakkan krisis kebuluran di Somalia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI