fbpx

Abah Bilal bulat, Neelofa kena ‘marah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGURAN netizen tentang perubahan badan Haris mencuit hati Neelofa.

GELAGAT Neelofa yang ketawa sebaik sahaja membaca komen netizen menegur bentuk badan suaminya, Haris Ismail dikatakan semakin berisi baru-baru ini membuatkan ramai terhibur.

Dalam video tersebut yang tular dalam TikTok, bekas pengacara MeleTOP itu sedang bersiaran langsung bersama Haris, namun tanpa sengaja terbaca komen ditinggalkan seorang pengguna sehingga ‘dimarahi’ oleh suaminya.

“Kenapa abah Bilal bulat?” komen netizen itu sebelum disambut gelak tawa Neelofa.

Perkara tersebut mendapat respons Haris kemudian menegur isterinya mengapa membaca komen tersebut.

“Kau tanya, aku yang kena marah. Kepada yang bertanya itu, maknanya dapur di rumah hari-hari berasap tau,” seloroh ibu kepada Muhammad Bilal berkenaan.

Bagaimanapun, perkara itu turut diakui oleh segelintir netizen yang berpendapat perubahan berat badan Haris adalah tanda bahagia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI