fbpx

Vinda SEA labur RM600 juta buka hab serantau baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ting Nee (dua dari kanan) memotong riben bersama tetamu khas sebagai simbolik perasmian Hab Serantau SEA Vinda di Bandar Bukit Raja hari ini.

KLANG- Vinda Asia Tenggara (Vinda SEA), sebuah unit Vinda International Holdings Ltd. yang tersenarai di Hong Kong, secara rasmi telah melancarkan Hab Serantau Vinda SEA yang baharu di Bandar Bukit Raja, perbandaran industri Selangor.

Presiden Vinda Group Asia Tenggara,Su Ting Nee berkata, fasiliti mega serba canggih tersebut melibatkan pelaburan bernilai lebih RM 600 juta.

“Lokasi di tapak seluas 12.1 hektar itu  merangkumi kilang pembuatan dua tingkat yang menempatkan gudang bahan mentah dan gudang barangan siap.

“Di atas tapak yang sama turut diwujudkan pusat pengedaran, Pusat Inovasi Vinda serta blok pentadbiran enam tingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian hab serantau Vinda SEA yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Norazman Ayob sini.

Ting Nee menjelaskan, pelaburan ini akan mercu tanda komitmen syarikat kepada Malaysia khususnya di negeri Selangor.

“Dengan Hab Serantau Vinda SEA yang baharu ini, kami juga menjangkakan kapasiti pengeluaran produk kami bakal meningkat sebanyak 20 peratus. 

“Di masa akan datang, kami juga akan membangunkan sebuah lagi hab baharu di  tapak seluas lapan hektar.

“Selain itu, pembangunan bakat tempatan adalah diutamakan, dan fasiliti baharu ini kini menempatkan lebih 1,400 kakitangan yang terdiri daripada 99 peratus komuniti tempatan,” katanya.

Justeru tambah beliau, pihaknya berazam mencipta lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan punca pendapatan di Malaysia, di samping membawa produk yang lebih bermutu ke benua Asia.

Hab serantau ini katanya,  akan memusatkan kepakaran dan aktiviti bernilai tinggi di Malaysia, sekaligus mengukuhkan lagi modal pengetahuan negara.

“Pembangunan ini juga membantu menjadikan Vinda Group lebih berdaya saing di peringkat global dengan menggunakan teknologi termaju dan terkini yang menampilkan automasi berskala besar dan kecerdasan buatan (AI).

“Hab Selangor ini didedikasikan untuk lebih 25 pasaran dan menggunakan konsep Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0),” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI