fbpx

[VIDEO] Tanah runtuh: 2 maut, 3 cedera tragedi perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa. - Foto FACEBOOK JBPM

HULU SELANGOR – Seramai dua mangsa disahkan maut manakala tiga cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di sini awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, sehingga pukul 8 pagi, pihaknya merekodkan 62 mangsa berjaya dijumpai dan dibawa keluar.

“Mangsa maut adalah seorang kanak-kanak dan seorang wanita yang masih belum dapat disahkan identiti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kejadian tanah runtuh tersebut berlaku pada ketinggian 30 meter.

Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI