fbpx

Tidak akan ada usul undi percaya di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zahir

IPOH – Perak tidak akan melaksanakan usul undi percaya dalam Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang Ke-15.

Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia tidak akan dilaksanakan pada sidang DUN yang berlangsung pada 19 Disember hingga 29 Disember depan.

“Tiada undi percaya atau tidak percaya dalam sidang DUN kali ini. Di Parlimen mungkin sedikit berbeza tetapi di Dewan Negeri tidak.

“Jika saya tanya sebagai Speaker, kalau selepas Pilihan Raya Umum (PRU) telah dilantik Menteri Besar di bawah kuasa Tuanku Sultan, di dalam dewan tidak perlu mengusulkan undi percaya atau tidak percaya.

“Tidak perlu pada Mesyuarat Pertama terutamanya selapas PRU kecuali ada pertukaran Menteri Besar dalam tempoh itu, baru boleh bawa usul undi percaya dalam dewan untuk mengukuhkan kedudukan Menteri Besar itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Mesyuarat Pertama, Tahun Pertama, DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Zahir berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Pemaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah berkenan untuk mencemar duli berangkat ke istiadat tersebut.

“Baginda akan menzahirkan Titah Diraja bersempena Pembukaan Rasmi Tahun Pertama, Dewan Negeri yang ke-15 pada 20 Disember 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI