fbpx

Tanah runtuh: ‘Tiada keperluan sediakan PPS’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah (tengah) memantau bantuan yang disalurkan kepada mangsa tanah runtuh di Balai Polis Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor. -Foto oleh AFIQ RAZALI

HULU SELANGOR – Tiada keperluan untuk membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu, berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menyediakan PPS yang akan bertempat di Sekolah Kebangsaan Rendah Ulu Yam Bharu jika berkeperluan.

“Ia berikutan kebanyakan mangsa yang selamat telah dipindahkan ke Balai Polis Hulu Yam Bharu selain yang tercedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

“Ada ahli keluarga mangsa juga dalam perjalanan untuk mengambil mereka. Di sini kami memastikan segala keperluan tersedia seperti makanan, minuman dan bekalan perubatan mencukupi,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu, hari ini.

Turut bersama beliau, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, yang juga memantau bantuan yang disalurkan kepada mangsa.

Tambahnya, seorang kaunselor turut disediakan untuk mangsa yang mengalami trauma berikutan ada ahli keluarga yang masih belum ditemui.

Dalam pada itu, Aiman Athirah berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.

“Pasukan JKM bersedia dalam apa-apa keadaan diperlukan. Sekarang, mangsa memerlukan ruang, jadi kita akan beri mereka masa untuk bertenang. Tetapi jika memerlukan bantuan, pihak kami siap sedia membantu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI