fbpx

Tanah runtuh: Risiko runtuhan susulan masih ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ditemui pemberita selepas tinjauan tanah runtuh melibatkan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, hari ini.

HULU SELANGOR – Kemungkinan risiko runtuhan susulan mampu berlaku semula di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland di sini.

Menteri Sumber Asli, Alam sekirar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sepasukan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sudah digerakkan bagi membantu agensi responder untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, pasukan tersebut akan mengenal pasti kawasan zon bahaya dan zon kawalan.

“Berdasarkan cerapan data awal di tempat kejadian, terdapat kegagalan pada cerun tambakan dengan dimensi runtuhan sepanjang kira-kira 500 meter (m), lebar 200 m serta kedalaman lapan meter dengan anggaran runtuhan 450,000 m padu yang melanda kawasan tersebut.

“Risiko (runtuhan susulan) itu ada, tetapi kita akan menunggu maklumat terperinci daripada agensi yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, Nik Nazmi mengeluarkan arahan berjaga-jaga dan akan ambil tindakan lanjut berdasarkan laporan yang diterimanya, termasuk menutup beberapa kawasan sekitar lokasi tersebut.

Jelas beliau lagi, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan serta mendoakan mangsa lain akan segera ditemui.

Beliau berkata, setakat ini maklumat yang diterimanya adalah 94 orang mangsa terlibat dengan 61 daripadanya sudah diselamatkan.

“Sebanyak 16 mangsa disahkan meninggal dunia dengan 17 orang lagi belum ditemui.

“Pihak kementerian mengucapkan salam takziah kepada anggota keluarga mereka yang meninggal dunia dan pada mereka yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Justeru, pihaknya menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap ancaman tanah runtuh atau bencana geologi yang lain di sekitar kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI