fbpx

Tanah runtuh: PM dijangka tinjau kawasan kejadian lewat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Digital di Putrajaya di sini, hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka ‘turun padang’ untuk meninjau sendiri situasi insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm lewat petang ini.

Perkara berkenaan disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat beliau di kementeriannya di sini hari ini.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan pergi ke sana terus mungkin sebelah malam, namun saya difahamkan ada beberapa menteri sudah pun bergegas ke lokasi tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi mengesahkan bahawa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pun sudah berada di kawasan berkenaan.

“Begitu juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta tidak ketinggalan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) akan membuka pusat operasi media di sana untuk penyelarasan maklumat kepada semua agensi berita.

“Jadi saya menyeru rakyat supaya mendapatkan informasi yang sahih mengenai kejadian bencana tersebut dan tidak pula berkongsi penyebaran maklumat palsu.

“Orang ramai juga diminta agar tidak memaparkan imej foto keadaan mangsa yang maut itu demi menjaga perasaan dan sensitiviti keluarga mereka,” rayunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI